Bicara Hati

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.. Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.. Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.. Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.. Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.. Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Sunday, April 4, 2010

ingin ku mjadi kekasih ALLAH yang setia

1. Hendaklah banyak dan selalu bersembahyang sunat Taubat
setiap kali atau sebaik sahaja melakukan dosa atau ketika merasa diri
berdosa.Bertaubat hendaklah bersungguh-sungguh dan menangislah,
sebaik-baiknya sehingga mengeluarkan air mata, berasa takut dengan azab
Allah yang Maha dahsyat itu


.2. Banyakkanlah menangis dan mengadukan hal kepada Allah kerana mengenangkan dosa.

3. Bermunajatlah (berdialoglah) secara langsung dengan Allah di waktu
sendirian ketika sunyi (di tempat sunyi) kerana cara itu hijab dengan
Allah itu terbuka.Dalam munajat itu mintalah supaya mati dalam di dalam beriman dan Islam dan supaya Allah membantu kita yang lemah ini


.4.Hendaklah menjauhi semua perkara yang haram dan makruh sama ada perkara zahir mahupun batin.

5.Sentiasalah dalam berkeadaan berwudhuk. Sekiranya terbatal, maka diambil semula.
Orang yang berhadas, walaupun hadas kecil (tidak berwudhuk) akan
terhijab dirinya daripada Allah.


6. Jangan menggunakan
lidah untuk perkataan yang sia-sia. Hendaklah lidah dibasahi dengan
selawat lantaran rindu kepada Rasulullah SAW. Sesiapa yang selalu
berselawat kerana rindu kepada Rasulullah SAW, barulah RasulullahSAW
akan rindu kepadanya. Sesiapa yang mencintai Rasulullah SAW, maka
Rasulullah SAW pun akan cinta kepadanya dan di akhirat baginda akan
memberikan syafaat.


7. Perbanyakkanlah sembahyang sunat Dhuha
kerana ia boleh menenangkan hati. Setelah sembahyang Dhuha ikutilah
pula dengan membaca Al-Quran. Bacalah Al-Quran sebanyak mungkin yang
kamu termampu


.8. Hendaklah redha dengan Allah. Sesiapa
yang tidak redha dengan Allah, maka di dalam hadis Qudsi, Allah telah
mencabar supaya mencari Tuhan lain selain daripada-Nya. Hendaklah redha
dengan Rasulullah SAW dan rasul-rasul yang lain.


9.Jangan tidur di waktu malam. Hidupkan malam dengan beribadah kepada Allah,
munajat, mengenang dosa dan bertaubat sebanyak-banyaknya. Sesiapa yang
tidur banyak di waktu malam bererti dia lalai daripada mengingati Allah.Malam adalah masa yang terbuka hijab di antara hamba dan Allah.


10. Hati kita jangan dibiarkan lalai, hendaklah sentiasa beristighfar, bertasbih dan berwirid.

11.Jangan berhutang. Kalau berhutang, jelaskan segera walaupun 10 sen. Kerana sesiapa yang mati walaupun mati syahid, sedang dia menanggung hutang, maka ia tidak akan dapat masuk syurga.


12.Sentisalah ingat akan mati kerana orang yang ingat mati dekat dengan Allah.

13. Hendaklah bersangka buruk dengan diri sediri, dan bersangka baiklah dengan orang lain (sahabat).

14. Redhalah dengan sebarang takdir ketentuan Allah yang menimpa sama ada perkara itu baik atau buruk.

15. Suami adalah perantaraan (pembawa) isteri ke syurga. Oleh itu taatlah kepada suami bersungguh-sungguh. Semoga nanti dapat masuk syurga di mana yang dikehendaki. Kalau
bersalah dengan suami walaupun kecil, bersegeralah minta maaf.
Sentiasalah bermanis muka dan memberikan senyuman mesra kepada suami.
Jangan melakukan perkara yang boleh menyentuh dan menyinggung hati
suami.


16. Setiap kali mengakhiri doa, akhirilah dengan berdoa untuk semua guru-guru kamu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...