Bicara Hati

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.. Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.. Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.. Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.. Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.. Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Friday, April 2, 2010

dunia hanya singgahan semata-mata..akhirat jua kita abadi..

Din Beramboi koma di Hospital Selayang


2010/03/31

Din Beramboi
Din Beramboi
KUALA LUMPUR: Pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi, koma sejak semalam dipercayai dijangkiti virus air kencing tikus hingga menyebabkannya mengalami pendarahan dalaman dan buah pinggangnya tidak berfungsi.

Finalis Penyampai Radio Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 itu dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Selayang kelmarin sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) apabila keadaannya semakin kritikal, tengah hari semalam. Pengurus Program Era, Nazri Noran ketika dihubungi Berita Harian, berkata doktor tidak menolak kemungkinan Din Beramboi atau nama penuhnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri dijangkiti virus air kencing tikus.
“Saya diberitahu dia mula demam sejak Rabu minggu lalu ketika sedang ke udara pada waktu pagi. Selepas selesai kerja, dia kelihatan sakit yang agak teruk. Saya menasihatkannya mengambil cuti beberapa hari.

“Sakitnya semakin menjadi-jadi hingga dia tidak boleh bangun. Dia sebenarnya tidak suka berjumpa doktor dan Ahad lalu, dia mendapat khidmat urutan untuk membuang angin. Cuma pagi kelmarin, dia terpaksa ke hospital berdekatan rumahnya di Bukit Sentosa.

“Bagaimanapun, atas saranan doktor kesnya dirujuk ke Hospital Selayang. Menurut doktor, sistem imun badannya lemah dan berkemungkinan disebabkan jangkitan kuman tikus hingga menyebabkan saluran darahnya tidak stabil,” katanya.

Sementara itu, tersebar SMS yang mendakwa Din Beramboi dijangkiti virus air kencing tikus sewaktu menjalani penggambaran sebuah program membabitkan haiwan di sebuah zoo.
Teman gandingannya dalam segmen Riuh Pagi Era, Aznil Nawawi, berkata Din Beramboi memang terbabit dengan penggambaran sebuah program Astro Ceria, tetapi beliau tidak pasti sama ada jangkitan itu dialami ketika penggambaran berkenaan.

“Apa yang saya tahu, sejak minggu lalu dia memang demam. Sangka saya, ia hanya demam biasa tetapi akhirnya saya dapat tahu, dia dimasukkan ke ICU. Saya ada menghubungi isterinya dan meminta saya berdoa kerana keadaannya sudah kritikal,” kata Aznil.

dan tadi baru aje aku dapat berita, din beramboi telah kembali kerahmatulallah..al-fatihah kpd arwah..baru je dia buat lawak kt radio. kenakan org. bgurau senda dgn aznil. dan skrg tiba2 dia telah meninggalkan kita. terasa mcm xpercaya kan. tapi itu lah hakikat dunia. kita xtau bila ajal maut kita. sesiapa yang tkena atau terasa dgn kata2 arwah, sila lah maaf kan arwah. doakan arwah didlm golongan org yang beriman..ak terasa takut sgt. dosa aku byk. masih sempat ke ak nk taubat?? tapi dosa besar yang aku lakukan, aku dh taubat. pjanjian dgn tuhan aku xkan ulangi lagi. skrg aku sedikit tkilan krn org yang aku buat salah tu msh xtaubat. aku takut dia digologan org yang sesat. buat salah sama, biarlah taubat sama2. tapi aku sedaya mahu dia taubat. krn aku sayang dia. xmungkin aku mahu mlihat dia merana diakhirat sedangkan aku bahagia. aku xsanggup biar dia terus sesat. biarlah ape yang org ckp or dia fikir. aku mahu dia berubat. niat aku baik. bukan hanye mahu manabur fitnah. aku xmahu dia sesat.

to my dear,
plez even bukan demi aku, tolong lah berubah demi mak, ayah, adik2 serta kawan lain. sume org sayang kt u my dear. i xnk u merana. tolong lah dear!! jng mulakan ape yang dah u buat kt i dulu. jng libatkan diri lagi dgn cinta yang sia2 lagi. i tau u nk bseronok dgn nikmat dunia. tapi ingatlah akhirat kita abadi. i tlalu syg kt u. i xsanggup u hanyut dgn dunia semata2. i tetap doakan u bahagia. i akan selalu cintakan dan syg kt u selamanye.u ar my true love.sory if i dah mkhianati u dulu. bagi lah i peluang, utk i ubah sikap n diri i. i janji i akan berubah..love u!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...