Bicara Hati

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.. Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.. Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.. Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.. Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.. Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..

Wednesday, March 31, 2010

Monday, March 29, 2010

Golongan lelaki ahli neraka

Di hari akhirat, ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah :
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu tentang kelakuan yang haram dan membuat kemungkaran seperti mengumpat, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Saturday, March 27, 2010

kekeliruan tang melampau..perlu ke aku berfikir sama untuk nye??

skrg nie aku asyid duk fikir benda yang bukab berkenaan dgn aku. sbb hari tu mmber baik lelaki aku mgadu cite. hubungan dia tgh tegang sbb ada org report kat awek dia ttg hubungan curang dia dgn budak puam lain. dan sune org yang berkenaan itu aku kenal. yang mjadi masalah nye knp aku terllau bfikir ttg pkara ini sedangkan ia bukan masalah aku. issshhhhh....masalah gejala sosial dikalangan kwn2 aku semakin mruncing. pihak bertanggungjawab perlu bertindak bagi membenteras gajala ini bagi terus berlaku. baru2 ini, mmber aku cite, dia gaduh dgn awek dia. dia xtau nk ngadu kt sape. kt aku gak dia cari. sbb aku kenal dia mcne. kwn rapat kot. dan aku rasa bertanggungjawab utk myiasat perkara yang sebenar. cite sebelah pihak xkan betul selagi belum ada bukti. dan aku masa tu blurrrrrrr giler sbb tiba2 dia datang minta tolong. gelabah aku nak pick up balik story dia. tpaksa lah aku tanye ramai org dan berdasarkan latar belakang kwan aku tuh, mmg patut awek dia mgamuk. sbb dia main puam lain. tapi dua2 xnk ngaku. dan aku dh siasat pbuatan mereka. mmg sah kot. tapi CCTV xde. so xde bukti kukuh. cume ramai mulut yang berkata. bak kata pepatah, xkan pokok tumbang klu xde angin yang menolak. aku keliru. antara percaya cakap org ramai atau cite kwn aku dgn perempuan sial dia tuh. awek dia punye lah perfect. lawa, kuat agama, comel. aku kenal ahhhhh. tapi xnah jumpa sbb kenal pon sbb mmber aku duk cite nk bg tgk gambar awek dia. xkan lah tiba2 awek dia yang mctu boleh mgamuk tanpa pasal. xlogik kan??
aku keliru nih, aku plak xtau ape cerita awek dia sbb ak xde no contak mrk. agipon buat pe nk simpan no phone org xde sedara dgn kita.dan aku xnak lah ganggu hubungan gaduh mrk tuh. xpasal2 aku plak jadi topik baru yang lagi hangat. so aku tanye lah tanye, hubungan mereka agak rapat tapi xde sorang pon dapat buktikan kesalahan mereka. sebagai kwn, aku just dapat bagi nasihat yang aku rasa boleh mbantu. dan perempuan sial tu xsepatutnye rapat dgn kwn aku sbb sume org dah tau ko kwn aku tu dah ada awek. siap buat wallpaper gambar awek dia lagi. klu aku jadi lelaki, dah lama aku cuba rampas awek dia, mmg perfect lag gua cakap kat lu..klu dapat mmg xkan cari yang lain lah. sempurna bak kata org tua2. sure xkuar umah klu dh kahwin.hihii..tapi syang aku bukan lelaki. dan lellaki yang sebenar plak xnah nk hargai insan yang sempurna mctu. knp ekk?? dapat pasangan hidup yang cantik, comel, kuat agama, pandai berkat2, hormat org tua. tu mmber aku cite lah sbb dia dh bawa awek dia jumpa parents dia time dia konvo dip dulu. aku sekadar tgk dari jauh lah sbb time tu aku tgh bertugas. ajk konvo as photographer..percaya x??hihihi..i'm camerawomen..
dan skrg tgh ada konvo kt cini. so aku xsempat nk call or fikir ttg perkara dia. dan dia plak mcm dak senyap aje. entah2 dah baik semula.biasalah awek dia xreti nk marah lama2. awek yang baik. weh, mmg gua tabik giler ahhh kt mmber gua tu, dapat awek punye lah sporting, wa sendiri pon cemburu, mcm nk jadi lelaki gak n nk miliki awek mcm dia. perfect sgt dohhh..cial ahhhh...nnti after konvo berlangsung dan aku dan sedikit waras utk bfikir lagi, aku akn tanye lah dia. mmber aku tuh, suka main betina sial tapi awek dia sayang nk lepas. mcm2 dia bagi janji. dan betina sial plak duk bergedik sakan dgn dia. dia pon layan. isssshhhhh..sial lah mmber aku tuh. babi tul. mcm nate kan..(opst, mcar ckit ekk)..

Wednesday, March 24, 2010

zaman sekarang ,remaja..lebih-lebih perempuan sudah ramai yang "rosak".. siapa yang harus dipersalahkan? lelaki? atau wanita?



zaman sekarang masalh jegala sosial semakin meninngkat. hari tu aku baca akhbar pasal pbuangan bayi kt dalam semak. zalim giler sape yang buat benda mctu. klu buat sex tapi pandai jaga xpe lah gak. dosa zina sahaja yang kita bw ke akhirat. tapi bila dh sampai mgandung dan berlaku kes buang anak, mmg tlalu berat dosa itu. 2 dosa. sejak2 akhir2 nie cuaca agak panas. rasa mcm nk pecah kepala. tiap2 hari kn pakai payung. terlalu terik dan petang nye ia akan hujan. aku dh nk selsema nih..huhu..tapi tu belum di akhirat lagi. panas nye sampai mdidih otak. manusia xprnah rasa nk bertaubat kan. dh tau buat salah tapi buat gak lagi. dan sebagai perempuan, maruah keluarga dan suami adalah tanggungjawab dia. sedih aku tgk baby tu. ape lah nasib dia. dia xminta dilahirkan. sume salah mak bapak dia. mcne klu dia hidup dan masyarat pandang hina kt dia. lagi lah dia tertekan. bukan salah dia. sob..sob..cedih..

kucing pon sayang kt anak dia..

Saturday, March 13, 2010

element AIR..

setiap org mahu bahagia. bsama org tsayang atau tidak. tapi kita ttp mahu org yang kita sayang bahagia bersama pasangan dia. krn kebahagiaan dia turut mgembirakan hati kita. xsemua benda didunia ini kita boleh miliki. cukup sekadar kita merasa dan menghargainya. xsemestinya kita miliki ape yang kita mahu. jika kita xmampu miliki, impian dan angan2 sudah mcukupi utk mbuat kita bahagia.

adalah tidak betul sekiranye kita mdoakan keburukan kpd org lain. sepatutnye kita mdoakan dia dberkati. sejahat mane dia lakukan kpd kita, kita xboleh mbalas dgn kejahatan yang sama. krn tiada beza antara kita dgn dia. buat ape nk kotorkan diri kita krn org yang telah msia2kan impian dan harapan kita. kita just harap dia terima balasan dari Yang Maha Besar,dan dia menginsafi perbuatan dia itu. selebihnye adalah urusan antara dia dgn Tuhan. sbg teman, kita harus mdoakan agar dia sedar akan kesilapan dia dan harap dia mbaiki kesalahan itu. jika msih boleh tolong bw ke jalan yang benar, sila lah kita beri ptolongan krn sesungguhnya dia dlm kesesatan yang mhina.

xde guna nye nk bmusuh. setiap manusia adalah bsaudara. hubngan itu xkn putus selamanye. dulu aku ada musuh yang mhina aku segila dan semahunye. dia anggap aku nie musuh dia. siap seboleh nye nk show kejahatan dia kt FB. dh le add semua kwn2 aku. sahaj nk tunjuk dia tgh marah kt aku. hilang sudah tatasusila dan sopan santun dia. panggil org dgn nama yang buruk adalah dbenci Allah. org tua kita sudah mberi kita nama yang seelok mungkin. adalah tanggungjawab ibubapa utk mberi nama anak mrk dgn panggilan yang elok. tapi dia telah mmusnahkan ajaran itu. tapi bg aku, aku xpernah nk balas pbuatan dia dgn mhina dia balik. buat ape nk mhina org. lebih2 lagi dgn niat nk balas dendam. hingga mati xkn berakhir. lebih elok jika kita mgalah. kalah bukan bermaksud kita lemah tapi kita adalah menang krn telah mlawan nasfu utk balas dendam. mhina org adalah satu pbuatan tkutuk. Allah marah tau..

jika api lawan api, semakin marak lah ia mrebak. jika satu dh jd api, biarlah kita jd air. air bukan lemah. setenang air disungai, ia mampu mlindungi buaya dan buaya itu boleh mcari makanan dgn myerang hendap mangsanya. setenang air dilaut, mengindahkan lagi pandanagan mata. tapi bila air jd marah, tsunami boleh melanda. air boleh mragut byk nyawa dlm satu masa. kesan nye sama spt api. cuma api itu daripada neraka. api itu yang mbina syaitan. api itu mrentungkan segalanye. api itu myalakan rokok. api itu yang mamanaskan heroin. api itu yang disula krn berzina. api itu bangga dgn kepanasan nye. tapi api kalah dgn air. bila air dicurah keatas api, ia akan padam. sbb tu lah bomba gn air utk padam api bukanya api lawan api. selembut air, masih nyata ada kekerasan nya. air bolah jadi ais yang myejukkan. yang mbeku kutuk utara selatan. yang mammpu mhilang kan dahaga diterik panas matahari. air itu bukan lemah tapi tenang dlm mlawan musuh nya..

hukum alam

hari nie, aku xde mood. rasa mcm nk marah org, nk mcarut pon ada. aku benggang..knp allah boleh cipta sorang manusia nie lain dari yang lain..perangai dia, sikap dia, watak dia, umpama musuh allah..dia ada didikan agama yang baik krn dia budak tahfiz. dia ada family yang masih bersatu bukanye dia dlm family yang ada masalah. dia turut ada adik perempuam sekiranya dia ckp dia xpernah kenal puam. dia juga lahir dari perut puam. tapi knp perangai nye mcm anak luar nikah je. jika dia adalah anak luar nikah sekali pon, dia masih makhluk allah yang dilahirkan suci dari dosa. lelaki yang baik hanya untuk puam yang baik. lelaki yang jahat untuk puam yang jahat. tapi ramai je lelaki jahat diluar sana yang ingin kan puam yang baik. kdg2 aku tfikir, dia nie xpernah hargai wanita. sedangkan hidup dia dikelilingi wanita. dia masih ada mak, adik permpuam, rakan sekelas, rakan sekerja, dan teman2 wanita. cuba bayang kan klu adik perempuan dia dibuat spt mane dia buat kt wanita lain. pasti dia marah kan. seorang abang ditugaskan untk mjaga adik dia. tipu lah klu dia ckp dia xkisah klu adik perempuan dia dbunuh krn dia pernah buhun org. ape salah adik puam dia sehingga dia perlu menerima balasan hasil kekejaman abang dia. xadil bagi dia..

krn klu dia buat kt org mctu, pasti dia akn dapat balasan yang sama dari org lain. dunia ini umpama roda. sekali kita kt atas bukan bermakna selamanye diatas. durian pijak timun, tapi tupai akan tebuk durian. hukum alam..


taubat tapi main2..ada ke?? jika korang ada kwn yang telah berjanji " aku janji aku xakan buat lagi, sumpah" tapi seminggu pas itu dia buat balik pbuatan yang salah itu, ape yang korang akan rasa ekk?? klu ak ada kwn mctu, aku pasti akan rasa marah giler2 kat dia. tapi aku akan cuba sedaya mungkin utk bawa dia kembali ke jalan yang benar. ramai aje responden yang ckp kt aku, mrk lebih suka biarkan kwn diaorg mctu. buat xkisah sbb dia xnk dgr kata. elok ker ?? bagi aku lah, jika msh ada sinar haranpan utk dia kembali, elok kita tunjuk kan jalan. walaupon dia xde ikatan pe2 dgn kita. tapi sebagai suadara islam atau sebagai manusia yang sama2 mhirup udara yang sama, bagi lah peluang krn dia ada hak itu. tapi mcne plak dia yang xnk berubah??

jika dfikirkan, kita manusia yang lemah ini kan marah sekiranye janji yang dibuat tiba2 dmungkiri, mcne plak ALLAh menilai makhluk nye yang peranagai mcni?? tapi kita xperlu mmpersoalkan hukuman ALLAH krn ALLAH adalah MAHA ADIL. DIA bagi manusia seronok dgn hiburan dunia, DIA bagi manusia masa utk bertaubat, DIA TUHAN YANG MAHA BERKUASA..

masa bukan ukuran bagi kejayaan. yang penting niat dan hati yang suci. ketika kita belajar ape2 ilmu, masa yang singkat utk pahami sesuatu ilmu bukan ukuran tapi yang paling penting adalah pengisian dan beramal dgn ilmu itu. klu kita dh kenal seseorg itu seribu tahun sekali pon, jika hati kita blm tbuka utk dia dan pengenalan ini adalah berniatkan salah, maka masa seribu tahun itu umpama sia2 sahaja. niat adalah kunci segala perbuatan. cukup dgn niat, segala ape yang kita buat pasti akan menjadi. tapi jng lupa tambah lah dgn usaha dan sabar. krn usaha memberi kita ikhtiar yang benar dan sabar akan memberkati segala ape tindakan kita. baru lah hidup xde myesal kemudian hari.

mcm ne kita nk tebus kesalahan dgn org?? klu kt kedai, sekiranye kita pecah kan barang perhiasan kita kena bayar utk harga benda itu. klu kita hilangkan buku library kita kena bayar utk harga buku itu. mcn klu kita sakiti hati org?? ape yang perlu dia bayar utk kesalahan itu?? tapi klu ikut situasi yang ada, dia pasti nye kn miliki ape yang dia telah rosakkan. sbb buku yang hilang tapi dia dh kena bayar denda, klu tiba2 dia jumpa balik, dia xmungkin boleh dapatkan kembali duit yang dia bayar dulu. atau bila dia pecah kan perhiasan dia akn dapat hiasan itu tetapi yang sudah pecah krn pbuatan dia. dia kn tanggung atas ape yang dia lakukan, betul x?? 

Wednesday, March 10, 2010

jawablah

perlu ke kita bangga dgn kejahatan kita??? 
agak2 korang yang mane lagi hebat ekk?? si A or si B??

disini aku ada satu soalan yang nk minta pendapat korang:
jika sekiranye ada sorang nie bertanya ttg kehebatan dia, ape yang korang akan jawab ekk..
situasi A: sorang laki, berperangai buruk. hisap rokok, mkan dadah, tgk video lucah, main puam..dan suatu hari ada kwn dia tanya, ko nie hebat giler ahh..
situasi B: sorang laki, selalu g masjid, solat xtinggal, baca quran sampai habis tiap2 malm, hafal sunnah nabi, jalan tunduk, xmakan benda yang haram..dan suatu hari ada kwn dia cakap, anta nie hebat lah..

agak2 korang yang mane lagi hebat ekk?? si A or si B??
perlu ke kita bangga dgn kejahatan kita ???

tangisan ahli neraka yang dashyat

Pada hari penghisaban, apakah akan terasa malu seperti si penjenayah yang malu apabila kesalahannya menjadi bahan laporan dalam akhbar? Bolehkah muka ini ditutup?

Bolehkah mengupah peguam paling hebat untuk menghadapi segala pertuduhan ke atas diri sendiri? Mungkinkah semua orang boleh dibeli dengan wang dan pengaruh? Adakah ada jalan untuk melarikan diri?

Kita manusia yang kerdil, tetapi mengapa berlagak seperti Tuhan Pemilik segalanya? Manusia bertingkah seperti syaitan, padahal dia berada dalam genggaman Tuhannya. Ketika dia merampas hak orang lain, segala rekod perbuatannya itu disimpan kukuh sebagai bukti.

Mengapakah Allah SWT tidak menurunkan bala-Nya terus menerus pada saat seseorang itu melakukan dosa? Jawapannya adalah firman Allah bermaksud: “Berapa banyak penduduk negeri yang telah Aku beri tempoh, sedangkan mereka berbuat zalim, kemudian Aku seksa mereka dan kepada-Ku mereka kembali.” (Surah al-Hajj, ayat 48)

Biarlah pelaku dosa itu diberi tempoh selagi hayatnya di atas bumi ini belum berakhir. Allah Maha Penerima Taubat. Tetapi, sayang sekali, mereka suka menunda taubat, menganggap peluang itu untuk berpuas-puas terlebih dulu dan bertaubat kemudian.

Semakin dihulur setiap peluang, maka semakin buta matanya, pekak telinganya, keras hatinya dan hebat bergaya mengalahkan syaitan.

Diteguk segala kemanisan syahwat duniawi sehingga lupa kepanasan buah zaqqum tanaman neraka yang akan diletakkan di dalam kerongkongnya nanti.

Hatinya puas menikmati kesenangan yang memuncak pada hujung keghairahan. Tetapi, dia lupa di dasar lubang jahanam yang gelap itu nanti terpaksa melalui aksi pembakaran manusia, penyeksaan dan pembunuhan yang tidak pernah berhujung dengan kematian.

Jurang neraka terlalu curam, setiap penderhaka akan merasai seksa dihumbankan ke dalamnya. Pernahkah kita membayangkan jatuh dari ketinggian sejauh 70 tahun perjalanan baru sampai ke dasar lantainya? Jika kejadian itu di dunia ini, bagaimana pula keadaan orang yang jatuh ke dasar jurang neraka itu nanti?

“Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba terdengar suara benda yang jatuh. Lalu Baginda bertanya: “Tahukah kamu semua suara apakah itu?” Kami menjawab: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui.” Baginda bersabda yang maksudnya: “Itu adalah suara batu yang dilemparkan ke dalam neraka jahanam sejak 70 tahun yang lalu dan sekarang baru sampai ke dasarnya.” Hadis riwayat Imam Muslim

Sesungguhnya mereka yang berada dalam neraka itu hidup dan merasai setiap kesakitan itu sedikit demi sedikit. Diganti setiap kulit yang hangus dengan kulit yang baru. Sehari di sana sama seperti seribu tahun di dunia ini.

Mengapakah mereka memilih kesenangan haram yang sebentar saja di dunia ini? Pada hal mereka pandai mengira, tahu membezakan makna sengsara dan bahagia, berakal tajam dalam menganalisis segala sesuatu. Allah mengingatkan kita bahawa azab dan sengsara yang akan diderita itu bukan sebentar. Firman-Nya bermaksud; “Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu seperti seribu tahun daripada apa yang kamu hitung.” (Surah al-Hajj, ayat 47)

Bagaimanakah suara tangisan ahli neraka? Pernahkah anda mendengar tangisan orang yang dipisahkan daripada keluarganya? Tangisan orang yang menderita sakit dan terpaksa disuntikkan ubat penahan sakit? Tangisan orang yang kematian anak yang disayang? Tangisan orang yang gagal dalam kerjaya? Tangisan perempuan yang disakiti suaminya? Tangisan orang kaya yang muflis? Tangisan ibu dan bapa yang disakiti anaknya?

Semua jenis tangisan di atas dunia ini tidak sehebat tangisan ahli neraka. Tangisan yang mengalirkan penyesalan tidak berhujung. Tiada harapan dan peluang.

Mereka merayu kepada Tuhan: “Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (kembalikanlah kami ke dunia) maka jika kami kembali kepada kekufuran, sesungguhnya kami adalah orang yang zalim.” (Surah al-Mukminun, ayat 107)

Allah menjawab rayuan mereka itu dengan firman-Nya bermaksud: “Tinggallah kamu dengan hina di dalamnya dan janganlah kalian bercakap dengan Aku.” (Surah al-Mukminun, ayat 108)

Oleh itu, jika anda menangis di dunia ini, pastikan tangisan itu adalah tangisan penyesalan dan taubat kepada Allah.

Barang siapa yang banyak menangis di sini, nescaya tiada air mata lagi yang akan jatuh menitis di Padang Mahsyar nanti.

Balasan Allah sangat adil. Saksi yang dipanggil adalah anggota badan kita sendiri. Menunduklah wajah yang dulunya terngadah sombong, kecutlah hati yang dulunya bongkak dan bengkak serta menggigil sekujur badan bagai hendak melepaskan kulit.

Lalu kita bertanya, layakkah aku mendapat perlindungan Allah? Jawapannya payung Allah itu hanya untuk tujuh golongan saja.

   1. Pemimpin yang adil.
   2. Pemuda yang sentiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya.
   3. Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut dengan Masjid.
   4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul & berpisah kerana Allah.
   5. Seorang lelaki yang diajak oleh seorang perempuan cantik & berkedudukan untuk berzina tetapi dia berkata, “Aku takut kepada Allah”.
   6. Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.
   7. Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga bercucuran air matanya.

11 golongan masuk neraka

    * Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.


    * Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.


    * Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala . Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.


    * Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yangberdusta.


    * Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.


    * Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.


    * Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran


    * Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.


    * Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api.Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.



    * Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.


    * Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk,bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

senang nye dia cakap..

"aku tension giler dgn mamat sekor nie. dia ckap mcm xde hati n perasaan langsung. mcm lah aku nie bkn manusia yang ada perasaan.. main cakap aje..xfikir masa depan langsung..dia tahu x yang dia dah buat salah tapi xnk minta maaf..pastu siap salahkan aku balik sbb aku buat dia mctu..benggang giler lah weh..."

ape lah kwn aku lauhkan nie??knp jadi mcni?? ape yang berlaku sebenarnye??

ramai aje lelaki  kt luar sana yang xpaham hati perempuan. diorg ingat hati puam mcm batu kot..klu puam ckp A maka mrk paham A aje lah..

kpd kwn2 lelaki aku,
klu korang ada hubungn dgn seorg puam, korang kn lah paham btl2 peranmgai dia dan sikap dia. begitu gak dgn puam, kn consider byk benda utk kenal dgn lelaki. lelaki nie pelik ckit. mrk akan lebihkan kwn lelaki mrk tdulu. awek kira no 3 lah pas mak diorg..

kpd puam,
korang jng ingat korang dh miliki lelalki tu dan korang boleh nk bangga2 dgn kekayaan or kehenseman lellaki tu, semua tu xkekal..ada kwn aku tu, dia punye lah exsen dgn aku, ckp balak dia belikan dia anak patung besar, bw dia jalan2 makan angin, beli dia mcm2, ada duit byk, kerja tinggi, hensem plak tuh..aku jd cemburu tapi mmbr aku yang lain ckp sabar aje lah.. then skrg lellaki tu dh tinggalkan dia sbb dia anak mak, dia pilih puam pilihan mak dia..melepas kwn aku ynag poyo dgn aku..skrg jika kiortg bertembung dgn dia, dia buat muka malu..padn muka..dulu exsen sgt..mcm lah org nk sgt kt harta balak dia yang xseberapa tuh..

pengajaran nye: jng lah kita duk bangga dgn benda ynng bukan milik kita abadi.

kpd lelaki,
puam kdg2 nie manis mulut bicara tapi pahit gak nk menerima kata2 mrk..lbh2 lagi time gduh..mcarut2 mahamun, mcm2 lagi lah..tapi klu korang syg giler kt minah tuh, korang kn paham hati dia..sbb hati puam nie mcm mashmelo..cair bila kn api..tapi sedap dimakan walaupon dh keras..klu time gaduh tuh, dia ckp jang hubungi aku lagi, bukan bermaksud dia suruk korang xhubungi dia langgsung..dia nk korang pujuk dgn cra lain..spt bagi hadiah or bawa dia g jalan2. klu duk jauh, dia nk laki tu bagi dia masa dgn msj2 romantik..biasalah dia nak tangkap leleh lah tuh..hahahhaha...sbnr nya susah lah puam nie..aku as puam pon xpaham diri aku..klu aku ckp aku xnk tapi sbnr nye yang tu gak aku nak..siap gaduh2 xnk lepaskan..even benda tu xde lah cantik sgt or berharga pon bag aku..

pengajaranye: pilihlah puam kerana hatinye bukan krn paras muka or harta or kasihan..

disini aku ada satu soalan yang nk minta pendapat korang:
jika sekiranye ada sorang nie bertanya ttg kehebatan dia, ape yang korang akan jawab ekk..
situasi A: sorang laki, berperangai buruk. hisap rokok, mkan dadah, tgk video lucah, main puam..dan suatu hari ada kwn dia tanya, ko nie hebat giler ahh..
situasi B: sorang laki, selalu g masjid, solat xtinggal, baca quran sampai habis tiap2 malm, hafal sunnah nabi, jalan tunduk, xmakan benda yang haram..dan suatu hari ada kwn dia cakap, anta nie hebat lah..

agak2 korang yang mane lagi hebat ekk?? si A or si B??
perlu ke kita bangga dgn kejahatan kita ??? 

Tuesday, March 9, 2010

kemaafan..


selamat hari lahir kepada yang berkenaan,
tahun kali ini tiada hadiah istimewa krn aku bkn istimewa lagi buat mu..dan aku jenis yang xreti nk wish buzday kt org..tiap kali buzday sape2 aku akn jadi yang paling  last or maybe berlanjutan sehingga dh jd buzday expired..hihi..

tahun ini aku just dpt msj balas dr dia dgn berkata, "aku ni jahatkan? xabes nk wat dosa". setiap manusia pasti jarang yang ingin mohon maaf sekiranye dh buat salah. susah sgt ker nk minta maaf klu dh buat salah. kdg2 aku tkilan sbb aku terasa hati dgn perbuatan mrk. dosa dgn ALLAH kita boleh minta ampun dari-Nya.kita bertaubat. tinggalkan ape yang dosa yang telah kita buat. tapi jika kita ada buat salah dgn mnusia, kita selalu alfa utk minta maaf. korang xpernah fikir ker org lain pon ada hati dan perasaan gak. even org tu musuh kita, tapi dia tetap ada hati utk diselami atau dfahami. setiap manusia yang lahir kt dunia nie tiada dosa, cuma jika tsalah pilih jalan kehidupan maka dia akn dpt musibah.

maaf adalah satu perkataan yang amat mahal erti nye. kdg2 kita perlu minta maaf even tu bukan salah kita krn kita nk jaga hati org lain. contohnye, jika berlaku pgaduhan, xperlulah kita bertenggang leher mbetulkan ape yang salah. cukup dgn minta maaf so org yang marah pon boleh sejuk hati nk marah lebih2. perkataan maaf bukan bererti kau manusia yang lemah yang bodoh yang xde maruah. kdg2 kita perlu minta maaf demi mjaga maruah kita sendiri. supaya org xlebih2 mhina kita.

tapi sekirnaye ada org telah minta maaf dgn kita perlulah kita memaafi dia krn dia dh insaf dgn kesalahan dia. baru2 nie ada kwn aku mgadu kt aku, one of her fren mcm xnk tegur dia. dia terasa hati. so demi mjaga sebuah persahabatan dia memohon maaf kpd kwn dia. dia xtau ape yang telah dia buat atau dia katakan sehingga kwn dia xnk tegur dia. tapi insan yang buat perangai itu telah nyata mburukkan kwn aku kt fb. sape tak marah tapi kwn aku xtau knp mmber tu marah sgt kt dia. sedangkan dia dh minta maaf, tapi kwn dia tu ckp dia xde salah pe2. hipokrit namanye sekiranye dibelakang org tu dia berkata serong lebih2 lagi dh publish kt fb. semua org boleh baca dan komen. sape xmarah bila dh dbuat mcni. sape yang salah??

FB, skrg nie ia jf medium antara utk 2 insan bergaduh. siap org lain turut bersubahat tambah serba sedikit sedangkan mrk xtau ape2 yang sebenarnye berlaku.. cukup mjijik kan bila baca komen org yang xkenal hati budi kita tapi turut sama mburukkan kita. mrk hanye mdengar cerita dari sebelah pihak sedangkan pihak yang satu lagi xtau ape yang telah berlaku. mcipta kontroversi yang boleh mhancurkan sebuah hubungan yang telah lama tjalin.

berbalik kpd topik kali nie pasal maaf. kesalahan pada tuhan kita boleh buat solat taubat mmohon ampun dari-Nya. bertaubat adalah jalan yang tbaik utk mdapat keredhaan -Nya. hidup kita bukan sahaja hubungan kita dgn tuhan yang mAHA PENCIPTA shaja, tapi turut melibatkan hubungan antara manusia dan hidupan bernyawa yang diciptakan-Nya. kesalahan yang besar atau kecil atau xmlibatkan kita langsung tapi perkatan maaf adalah ubat paling mujarab bagi meredakan kemarahan org. org xmampu marah atau bertindak lebih2 klu kita dh minta maaf. betul x??


indah sungguh alam ciptaan TUHAN dengan dihiasi pelbagai makhluk yang saling bergantung antara satu sama lain. berani kerana benar takut kerana salah. jika buat kesalahan kita perlu minta maaf. darjat, harta atau nama xmngecualikan manusia itu utk minta maaf. even kau adalah pegawai tertinggi yang paling Tertinggi sekalipon, atas nama manusia kau wajib myedari kesalahan dan segera minta maaf. klu x, nnti diakhirat kau akan mdapat kesusahan. ALLAH sudah mgariskan bahawa kesalahan antara manusia perlulah diselesaikan antara manusia. cuba bayangkan sekirnye kau ada buat salah dgn seseorg dan xsempat utk minta maaf krn dia dh pergi utk selamanye, kau akan myesal seumur hidup dan jiwa xakan tenteram walaupon seribu kali kau sujud meminta dari TUHAN, kuasa memaafi bukan pd TUHAN shaja malah manusia turut mpunyai hak itu.


maaf adalah suatu kata yang amat indah didengar bila seseorg telah mbuat salah pada diri kita, BETUL TAK??

epy buzday DEAr

satu lagi usia bertambah..sudah terlalu matang utk mbezakkan suatu dgn betul..antara benar dan salah.. setiap insan diciptakan utk melengkapi insan lain. setiap jodoh yang lahir pd hari ini adlah satu permulaan baru utk kelahiran baru.

suatu masa dulu setahun yang lalu, saat waktu kelahiran seorang insan yang bernama teman. tanpa pingiran dia pergi..

utk selamnye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...